order Seluar Mamapride Pink


Anda mencari seluar yang dapat meminimakan aurat anda terdedah semasa bersalin atau pemeriksaan vagina?

Malu dan segan kepada petugas kesihatan di sekeliling semasa prosedur kewanitaan?

Mahukan pakaian patuh syariah yang mementingkan keselamatan ibu dan bayi semasa proses kelahiran namun menjaga aurat dan keselesaaan ibu pada masa yang sama?

Kami ada sesuatu untuk anda!

Seluar bersalin mesra aurat MAMAPRIDE

*********************************************

"SAYA TIDAK AMBIL GAJI UNTUK MAMAPRIDE. ORANG KATA INI KERJA GILA. TAKPALAH. INI TANGGUNGJAWAB SAYA PADA MASYARAKAT"
.
Ini kisah jatuh bangun Mamapride. Ini juga 6 'driving factors' yang beri semangat pada saya. Berjuang habis-habisan untuk Mamapride. Ini adalah amanah!
.
=====
1/ BANTU SELESAIKAN MASALAH AURAT TERSELAK DI BILIK BERSALIN
=====
Sekarang ada kumpulan-kumpulan yang minta untuk lahirkan anak dirumah. Bayar kepada Doula. Tolonglah Tuan dan Cikpuan. Ini risiko sangat tinggi.
.
Lewat sikit hantar hospital, maka Innalillah..Apa Tuan dan Cikpuan nak buat andai
> tali pusat keluar dulu (bayi lemas)
> rahim pecah (darah keluar macam air paip)
> ibu berhenti bernafas tiba-tiba (pulmonari embolism) dan suami pengsan (takut darah).
.
Sanggup gadaikan nyawa?
.
Ada yang kata kumpulan ini wujud kerana wanita malu. Ibu bersalin malu peha, betis dan lutut terselak. Nampak pada doktor lelaki.
.
Akibatnya ada yang memilih bersalin di rumah.
.
Ini ekstremis. Tindakan yang boleh membunuh nyawa ibu dan anak.
.
Atas sebab itu lahirlah MAMAPRIDE. Satu alternatif yang menjaga aurat muslimah semasa bersalin.
.
Mamapride bisik kepada hati para ibu, "Peha, lutut dan betis ditutup rapi. Hanya jalan bersalin dibuka. Ini adalah bukaan paling minima dalam keadaan darurat "
.
Sehingga kini sudah lebih 70 buah hospital seluruh Malaysia ada wanita sudah berjaya melahirkan dengan seluar Mamapride. Boleh rujuk di sini bit.ly/HospitalMesraMamapride
=====
2/ PERJUANGAN SEORANG MUSLIMAH
=====
Ya! Aurat adalah maruah kita!
.
Mamapride adalah rakan Cikpuan dan Tuan Suami! Maruah kita!
.
"Saya pernah cek satu ibu....ketika tu belum ada Mamapride! Selepas bersalin, bila terserempak, dia akan mengelak kerana malu! Saya tak perasan yang ibu malang tu, tinggal selang serumah dengan mertua! Hinggalah mertua yang cerita apa yang jadi....malukan kalau kita rasa Maruah terdedah kan?"
.
Ini salah satu sebab kenapa saya usahakan buat Mamapride!
.
=====
3/ PERJUANGAN EKONOMI UMMAT ISLAM
=====
Lama dulu saya pernah pertimbangkan sistem wakaf untuk sebarkan Mamapride! Model ini nampak menarik dan mudah.
.
Saya jumpa pegawai wakaf Majlis Agama Islam Kelantan. Saya kirakan berapa lama Mamapride bertahan jika guna sistem wakaf.
.
Namun pada waktu itu, nampak tidak boleh bertahan. Kerjasama dari pihak-pihak berkaitan pula tidak mudah. Akhirnya saya berbincang dengan kawan-kawan. Hasilnya kita sepakat cuba model bisnes.
.
Kos Mamapride diperingkat ini masih tinggi. Kami masih usaha untuk turunkan kos!
.
Namun, dalam kekangan yang ada ini, kami jalan terus.
.
Sedar tak sedar, seramai lebih 263 orang sudah berpeluang meningkatkan ekonomi keluarga dan menjana wang untuk diri dan keluarga. Alhamdulillah.
.
Kami sasarkan untuk bantu 1000 orang hujung tahun ni! Ayuh bangkit berniaga!
.
Saya ingin buat pemberitahuan. Saya bukannya nak kaya dengan Mamapride.
.
Saya perlu sebut bahawa, saya tidak mengambil gaji Mamapride untuk diri saya. Saya dermakan untuk badan-badan lain. Allah dah beri ganti yang lebih baik buat saya.
.
=====
4/ CINTA SUAMI PADA ISTERI
=====
Saya suka sangat bila Tuan suami yang minta "PM" di fanpage kami. Tuan suami sayang sangat pada isterinya, hinggakan beli sendiri barang perempuan untuk isteri!
.
I love you guys!

order Seluar Mamapride Pink

.
=====
5/ INI ADALAH DAKWAH
=====
Pada Mac 2015, akhbar-akhbar Britain heboh dan terkejut dengan kewujudan Mamapride.
.
Mamapride muncul di dada akhbar mereka. Bertubi-tubi kami dihentam. Sedih yang tak dapt diganbar bila baca komen-komen.
(baca di http://www.bbc.com/news/blogs-news-from-elsewhere-33283629)
.
Rupa-rupanya,
.
Pada 4 Mac 2016, 2 Hospital naungan British National Health Service, iaitu Hospital Royal Bournemouth dan Christchurch Hospital MEMPERKENALKAN BAJU GOWN bagi memelihara maruah mereka yang Muslim!
(baca di http://www.breitbart.com/…/nhs-hospital-introduces-patient…/)
.
Terbukti, Mamapride adalah dakwah! Kami berjaya ingatkan kaum kristian dan yahudi bahawa orang perempuan agama mereka pun disuruh tutup Aurat asalnya.


.
=====
6/ BUKAN SEKADAR UNTUK BERSALIN
=====
Saya senaraikan 8 lagi lain-lain kegunaan Mamapride:
[+] Ujian pap smear
[+] Pemeriksaan vaginal
[+] Pemeriksaan rectal
[+] Pemeriksaan urologi
[+] Pemeriksaan prostat
[+] Rawatan buasir
[+] Pemeriksaan kolon
[+] Pesakit yang terlantar tidak boleh bangun. Seluar ini memudahkan proses buang air kecil atau air besar.
.
Inilah pengakuan saya. Perjuangan Mamapride akan terus melangkah. Doakan kejayan kami.
.
Oleh : Founder dan pengasas bersama MAMAPRIDE!

***********************************************************

 Nak order online seluar MAMAPRIDE?

ORDER DI SINI

atau

WHATSAPP 'MAMAPRIDE' ke 0132290199